Sunday, 28 December 2014

SINGAPORE

21 DEC 2014

Setibanya di JB Sentral pintu masuk terus menuju naik escalator ke Gate Woodland. Perlu melalui pemeriksaan passport oleh imigresen Malaysia (agak jauh juga untuk berjalan menuju ke stesen bus). Kemudian kami menaiki bas awam ke Kranji MRT Station. Harga sehala ialah RM1.50-cara pembayaran terus ke pemandu bas. Perjalanan ke JB Sentral-Kranji MRT mengambil masa kurang daripada 5 minit.Pastikan tiket bus tidak hilang kerana ketika di Woodlands, semua penumpang perlu turun dari bas untuk pemeriksaan imigresen Singapore pula - disini mengambil masa lebih kurang 15min dan kemudian naik semula bas tadi.


Tourist Pas (Public transport ticket)

Setiba di Kranji MRT Station, kami terus membeli tiket ke MRT Ang Mo Kio Station berharga 2.3 dolar. Ini kerana untuk mendapatkan tiket Tourist Pas hanya terdapat di station MRT pilihan sahaja. Setibanya di Ang Mo Kio Station, cari Tiket Office untuk membeli tiket dgn harga 20 dolar (boleh pakai tiket ni sampai lebam turun naik train untuk sehari sahaja). Jangan lupa ambik skali peta train MRT. Memandangkan perjalanan mengambil masa dalam 20-30 minit untuk sampai ke MRT Marina Bay, kami lepak dulu mkn kt Ang Mo Kio berbekalkan nasi goreng dan ayam goreng yang dibawa dari JB sbb lapar dah. Ini kerana dilarang makan dalam MRT! 

Destinasi Pertama - Garden By The Bay 
Dari MRT Ang Mo Kio Station, kami menuju ke MRT Marina Bay (masih dalam North South Line-MERAH) Setibanya di MRT Marina Bay, kami kena tukar Platform ke MRT Bayfront (Circle Line--ORANGE untuk ke lokasi paling hampir untuk ke Garden By The Bay) 
Sebelum tuh selfie dulu depan hotel Marina Bay.. view paling dekat kt sini la!! Apa ada dalam Garden By The Bay? Banyak taman2 untuk berjalan-jalan tangkap gambar. Untuk berjalan antara pokok ke pokok (seperti dalam gambar) kena naik lif, entry 10 dolar. Kami x naik pun sebabnya bosan dan membazir plak rasa (panas sangat Singapore nih). Bagi saya, tangkap gambar dari arah bawah pokok pun dah nampak sangat cantik. kami dahaga dan terus ke kawasan Supertree Dining untuk layan coke! Lepas tuh sambung jalan lagi menuju ke Flower Dome dan Cloud Forest! 
Ada pakej tiket non-local entry 28dolar untuk masuk Flower DOme dan Cloud Forest..apa ada dalam tempat ini? taman bunga dan waterfall je selebihnya boleh la google kat sini http://www.gardensbythebay.com.sg/ . Memandangkan jarak agak jauh untuk kembali ke MRT Bayfront, kami ambil shuttle 2 dolar per ride. menarik juga tengok permandangan sepanjang perjalanan yang mengambil masa lebih kurang 5 min - kalau jalan kaki 15 minit weh.


   
 

Destinasi Kedua Merlion Park (Statue Singa putih kebanggaan Singapore!)
Dari MRT Bayfront, kami kembali ke pitstop MRT Marina Bay dan seterusnya ke MRT Raffles Place dimana terletaknya Merlion Park. Pening jugak nak mencari lokasi ini kerana kena masuk hotel Fellington pastu ikut laluan underpass kat dalam hotel itu. Setibanya disini kami singgah Starbucks layan juice dulu (patutnya layan coffee..hihi) untuk redakan penat berjalan. 
Bergambar sakan kami di sini :) 



Destinasi Ketiga : Murtabak Singapore 

 Kami meneruskan perjalanan untuk mencari makan. Makanan paling terkenal di Singapore semestinya Murtabak Singapore. Lokasinya terletak di Arab Street dan nama kedainya Zam Zam Restoran. Untuk ke sana, dari MRT Raffles Place kami terus ke MRT Bugis. Kemudian menghala ke jalan Arab Street (boleh refer peta yang terdapat di stesen MRT Bugis) berjalan kaki mengambil masa dalam 10min sahaja. Selain Murtabak, terdapat juga pelbagai makanan arab boleh didapati di sini. Selesai mengisi perut, kami terus ke Masjid Sultan untuk menunaikan solat yang terletak tidak jauh dari kawasan makan tadi. 


Destinasi Keempat : Orchard Road (Kawasan Shopping)

 Sebenarnya tujuan utama ke Singapore semestinya pencarian minyak wangi (murah juga la kalau nak banding dengan harga jual kat Malaysia). Sini la tempat shopping. Banyak lampu-lampu jalan. Meriah la juga. Kalau nak cari minyak wangi murah, pergi kat area Tang Plaza, area depan McDonald yang jual ice cream tuh. Kat sekitar situ ada satu kedai boleh la tengok-tengok (confirm terbeli punya).

                      


Akhir skali kami pun bergerak pulang, jam menunjukkan hampir jam 8 malam. Untuk pengetahuan, tiket tourist pass itu jika dipulangkan semula ke Ticket Office akan dapat semla 10dolar tetapi hanya pertukaran di Station Woodland sahaja Kaunter tiket dibuka sehingga jam 9 malam. Kemudian kami menaiki bus awam terus ke JB Sentral semula. Harga sehala 1.5dolar.

Secara ringkasnya ini route MRT yang telah kami lalui


(Naik Bus dari)JB Sentral --- (Tiba di)Kranji MRT - Ang Mo Kio MRT - MarinaBay MRT - Bayfront MRT - Raffles Place - Bugis MRT - CityHall MRT - Orchard MRT - (Naik Bus dari) Woodlands --- (Tiba di)JB Sentral


Bajet : 

RM400 ~ 150SD 
Tourist Pass : 40dolar (utk 2 org)
perfume sebotol : 50dolar
mkn&minum : 20dolar (utk 2 org)
balance + redeem 20dolar tourist pass : 40dolar